Friday, June 18, 2010

Umrah


Welcome home kawan kawan yang baru pulang dari Umrah, semuga semua doa dimakbulkan Allah dan ibadat yang diterima. Saya nak sentuh sikit bab beli kurma ni. Orang Malaysia, Indonesia dan Singapore memang terkenal bila beli korma, sebab jenis lain jarang ditengok kecuali AJWA. Jemaah bangsa lain memang jarang beli AJWA ni sebab mahal tapi orang kita beli berkilo kilo untuk dibawa pulang. Kawan kawan dan sanak saudara pun pesan korma AJWA sahaja. Dari dulu, saya masih ingat harganya hanya disekitar 40-50 SR sekilo sahaja tapi sekarang dah naik 2x ganda. Ni lah penangan bila orang Malaysia berebut rebut nak bawa balik AJWA.

Ramai yang beli AJWA sebab depa kata ianya kesukaan Rasululah SAW, jadi nak ambil berkat bila makan ajwa dalam bilangan yang ganjil. Walhal sunnah sunnah rasulullah saw yang lain banyak yang kita tak ikut! Solat berjemaah, berpuasa sunnat isnin khamis, berhenti makan sebelum kenyang, dan lain lain. Tok Arab pula ambil kesempatan untuk menekan harga bila demand exceed supply. Saya rasa elok kalau sesiapa yang nak beli ajwa, belilah secara alah kadar aje, cukup untuk buat merasa dan bukan untuk dihadiahkan kepada sahabat dan saudara mara. Banyak lagi korma yang lazat tapi harganya murah saperti safawi, Anbar( kesukaan saya sebab liat dan manis), rotab, sabaka, sukari dll.

Kalau Allah beri kita rezki yang lebih, pada pendapat saya memang elok ketanah suci sekali setahun mengerjakan umrah. Disana kita boleh menumpukan tenaga dan fikiran kita untuk beribadah kepada Allah setiap masa selama seminggu dua. Bukan nya diMalaysia kita tak boleh buat penumpuan kepada ibadah, tetapi terlalu banyak distraction disekitar.

Di Mekah dan Madinah, bangun tidor celik mata saja kita dah ingat ke Masjid atau buat umrah dan lain lain perkara adalah secondary. Hidup kita disana revolve around prayers, dan kita tak ingat lain hanya tumpuan kepada ibadat sahaja. Lagi pun, ditanah suci banyak tempat tempat makbullah saperti multazam dan Raudah, insyallah Allah ampunkan semua dosa dosa kita yang terkumpul sepanjang tahun dan kita boleh start dengan a new leaf!!

Lagi pun umur kita dah masuk setengah abad, dan zaman sekarang saya kira apabila dah melebihi 50, sudah masuk umur subsidi. Kalau dulu melebihi 63 dikira bonus, tapi sekarang dapat hidup melepasi 50 pun dah alhamdulillah. Tapi ramai pula apabila mencecah 50, masa tulah hidup baru nak mula. Ada yang lagi serabut, ada yang dah stable, ada yang bertambah kaya, ada yang bertambah masalah, ada yang nak kuatkan agama, ada yang nak tambah isteri dan ada yang diberi tanggung jawab yang lebih dalam tugasan.

Walhal sebenarnya tambahan umur tu hanya ujian and everything else is just a mirage and an illusion, untuk mengalihkan perhatian kita dari kematian dan alam barzakh yang pasti akan datang.

Kalau sesiapa yang nak ke Umrah atau Haji jangan lupa baca buku ALI SHARIATI (The Hajj), page by page dan fahamkan kandungan isi dan message nya. Jangan pergi kosong (hanya tahu rukun fardhu ain dan ritual sahaja saperti apa yang diajar oleh Tabung Haji) tapi tak tahu pengertian haji yang sebenar, dan insyallah akan dapat haji yang mabrur. Amin

No comments: