Perintah Allah Kepada Manusia
.
Allah s.w.t. sentiasa memerintahkan manusia untuk memerhati, mengkaji dan meneliti alam ini. Al-Quran yang mengandungi 6236 ayat itu sebahagiannya merupakan ayat yang memerintahkan manusia memerhatikan alam. Apabila manusia membuat kajian secara sistematik, umpamanya memerhati atau mencerap, kemudian berfikir (untuk memahami apa yang diperhatikan atau yang dicerap, inilah proses sains! Al-Quran tidak terpisah dari sains. Allah s.w.t. berfirman dalam surah Fatir 27
.
.
Allah s.w.t. sentiasa memerintahkan manusia untuk memerhati, mengkaji dan meneliti alam ini. Al-Quran yang mengandungi 6236 ayat itu sebahagiannya merupakan ayat yang memerintahkan manusia memerhatikan alam. Apabila manusia membuat kajian secara sistematik, umpamanya memerhati atau mencerap, kemudian berfikir (untuk memahami apa yang diperhatikan atau yang dicerap, inilah proses sains! Al-Quran tidak terpisah dari sains. Allah s.w.t. berfirman dalam surah Fatir 27
.

Tidakkah engkau  melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan  dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya; dan  di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta  lorong-lorong putih dan merah, yang berlainan warnanya (tua dan muda)  dan ada juga yang hitam legam;
看见你不是真 主发出了大雨从天空?有了它,我们再带出生产的各种颜色。和山区的大片白色和红色,各种颜色的彩色和黑色强烈的色调
Dalam  Surah fatir ayat 38
Dan demikian pula di antara manusia dan  binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang  berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut  (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah  orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha  Pengampun.
因此男人和检索中的动物和牲畜,他们的各种 颜色。那些真正害怕真主,除他的仆人,谁拥有知识:为真主是上人在魔法门,经常宽恕
.
Al-Quran mengandungi banyak pernyataan  yang bersifat saintifik. Antaranya ialah dalam bidang kosmologi,  astronomi, geologi, meterologi, biologi, embriologi, oceanografi,  anatomi, sejarah dan sebagainya. Sekiranya ayat-ayat-ayat yang berkaitan  dengan pernyataan saintifik itu dikaji maka kita akan dapat melihat  kebenaran Quran.
.
Kosmologi
Kosmologi adalah satu bidang ilmu yang membahaskan  tentang kejadian alam semesta, bagaimana ia terbentu, apa yang berlaku  pada alam ini dan apa yang akan berlaku kepada alam ini. Allah s.w.t.  berfirman dalam Surah al-Anbiya ayat 30.
.21:30 Do not the Unbelievers see that the heavens and  the earth were joined together (as one unit of creation), before we  clove them asunder? We made from water every living thing. Will they not  then believe?
不要不信教看到,天地人结合在一起(作为一个单位的设立)  ,在我们丁香他们四分五裂?我们从每一个生活用水的事情。他们将不会再相信
.
Apakah Penemuan Sains Tentang Kejadian Alam  Semesta
Ahli kosmologi mengemukakan satu teori yang mereka  namakan sebagai 'Teori Big Bang'. Semua ahli kosmologi sepakat  mengatakan bahawa alam semesta bermula dari satu unit kemudian ia  terpisah melalui satu letupan dan kesan letupan tersebut  berbilion-bilion galaksi terbentuk. Ahli kosmologi juga mengatakan  bahawa benda hidup bermula dari air. Pembaca boleh menyaksikan video  yang dikepilkan dalam laman web ini. Kalau pembaca meneliti video ini,  seolah-olah ahli kosmologi menghayati al-Quran.
Dalam ayat 30 Surah al-Anbiyya perkataan 'ratq'  bermaksud satu unit dan 'fatq' bermaksud dipisahan. Al-Quran  menjelaskan bagaimana alam ini terjadi kepada manusia, manusia adalah  makhluk yang menghuni bumi. Sebab itulah al-Quran mengatakan langit dan  bumi. Manusia menghuni bumi!.
Mengapa pula  perkataan 'samawat' yang berbentuk jama' digunakan  dalam ayat ini. Perkataan sama' yang bermaksud langit, jama'nya  ialah samawat. Sama' dalam bahasa Arab adalah  umumumnya semua benda yang berada di atas, ini termasuk bintang,  galaksi, nebula, super nova dan sebagainya. Ada yang namanya jelas  disebut dalam al-Quran seperti bulan (Qamar), bintang (nujum atau najm),  matahari, buruj dan lain-lain. Apabila al-Quran menggunakan perkataan  'samawat' mungkin maksudnya ialah segala yang di atas (alam ini sendiri,  galaksi, nebula, bintang, planet dan lain-lain) ini semuannya berasal  dari satu unit. Cuba lihat ayat 47 Surah Zariyat.
Dan langit Kami bangunkan  dengan kkuasaan Kami dan kmilah yang menjadikannya semakin besar.
Perkataan sama' adalah dalam  bentuk tunggal (mufrad), berbanding dengan samawat (dalam bentuk  jama'). Dalam konteks kosmologi, alam semesta ini sahaja yang  menjadi semakin lama semakin besar saiznya kerana daya tolakan yang  begitu besar pada asalnya menyebabkan galaksi-galaksi bergerak laju arah  keluar dari asalannya sedangkan galaksi itu sendiri tidak bertambah  saiiznya begitu juga dengan sistem solar juga tidak bertambah besar  saiznya. Hanya alam semesta sahaja yang menjadi bertambah besar saiznya.  Mungkin ini sebabnya mengapa 'langit' dalam konteks pengembangan alam  semesta disebut dengan kata jama' yang bermaksud, pelbagai langit yang  ada dalam alam semesta sedangkan dalam ayat 47 surah Zariyat ia disebut  dengan kata mufrad atau singular untuk merujuk kepada alam semesta  sahaja. Allah a'lam. Untuk memahaminya sila lihat blog yang di atas muka  surat ini.
Apa Kesudahan Alam  Ini
Menurut mereka yang membaca  ayat Allah yang manzuroh, iaitu ahli sains, seluruh alam ini akhirnya  akan musnah dengan cara pengecutan besa (dinamakan sebagai The Big  Crunch). Mengapakah alam semesta ini mengecut atau mengalami The Big  Crunch? Menurut pengkaji, daya tolakan yang menyebabkan alam ini  mengembang semakin lama semakin lemah dan akhirnya akan terhenti sama  sekali. Maksudnya galaksi-galaksi semakin lama semakin perlahan  pecutannya ke arah luar dan semakin lama semakin perlahan pergerakannya  keluar dan akhirnya terhenti. Menurut Hukum Mekanik Newton, apabila  galaksi-galaksi ini ini tidak lagi bergerak, ia akan mula menarik antara  satu sama lain dan alam ini akhirnya akan mengecut. Cuba lihat ayat  ini, iaitu ayat 104 Surah al-Anbia. Satu perkara yang menarik dalam ayat  ini ialah ayat ini berada dalam suarah al-Anbiya yang juga menceritakan  tentang asal-usul kejadian alam semesta.
Pada Hari Qiayamah Kami  akan gulung langit seperti mengulung lembaran-lembaran kertas pada buku  sebagaimana Kami memulakan kejadian asalnya Kami akam mengulanginya  sesungguhnya Kami akan melaksanakan janji itu.
.
Ayat ini menjelaskan akhir  alam ini akan dikecutkan atau digulung seperti awal permulaan  kejadiannya. Meariknya dalam ayat ini, langit (sama') juga disebut dalam  bentuk mufrad (singular). Maksudnya seluruh alam ini akan kecut pada  Hari Qiyamah nanti. Ikuti penjelasan seterusnya
Article by courtesy of Dr Arip Kasmo
Article by courtesy of Dr Arip Kasmo




 
 
No comments:
Post a Comment