Thursday, October 16, 2008

Tempat makbul doa di Masjidil Haram




Klik rajah untuk lebih jelas.

Rajah dan penerangan rengkas diberikan kepada saya oleh saorang Mutawif dari Indonesia yang telah lama bermastautin diMekah. Banyak riwayat dari hadith hadith yang menyebutkan tempat tempat yang mustajab disekitar Kaabah. Dengan pembesaran Masjidil Haram oleh Khalifah Khalifah dan pemerintah pemerintah Mekah (golongan Wahabi) dari zaman ke zaman, banyak tempat bersejarah telah berubah, dan tempat asal saperti yang disebutkan ddialam Hadith pun banyak telah hilang ditelan zaman.

Walaubagaimana pun catitan ini hanya merupakan petunjuk sahaja kerana tempat asal sebenarnya hanya Allah sahaja yang mengetahui. Jangan dipegang dan diiktiqadkan terus rajah dan tempat ini, tetapi terimalah dengan hati yang terbuka kerana pada pendapat saya, semua kawasan di Masjidil Haram adalah tempat yang akan termakbul doa kita. Kita perlu berdoa dengan bersungguh sungguh dengan rasa takut, rasa resah dan dengan rasa pengharapan yang tinggi, insyaallah, akan dimakbulkan oleh Allah swt. Allahualam.

1. Hajaratul Aswad. Kemungkinan untuk berdoa disitu sangatlah tipis kerana sentiasa sesak dengan manusia.Tetapi jika anda yang jenis 'daring' dan nekad, tempat no.1,2,3,4,5 dan 6 adalah tempat yang paling mustajab doa. Itu sebab ianya tidak pernah kesunyian dengan tangisan dan suara doa sya'du manusia yang memohon kerestuan Allah swt.

2.Multazam. Juga sama saperti diatas.

3.Pintu Kaabah. Juga sama saperti diatas.

4.Tempat Jibril mengimami Rasulullah. Tempat ini jarang diketahui orang. Kalau berkesempatan melalui kawasan tersebut, lihat ada batu berwarna coklat di tepi dinding Kaabah.

5.Tempat asal Makam Ibrahim dimana Nabi Ibrahim bersolat dengan tanda seramik coklat.

6.Pancur Emas.

7.Pintu Kaabah yang tertutup.

8. Multazam untuk Wanita.

9.Maqam Ibrahim.

10.Telaga Zam Zam yang asal sebelum ditutup.

11.Pintu Bani Saibah.

12. Line Miqat Tawaf.

Ada satu cara untuk mendapat peluang ketempat mustajab tersebut. Apabila azan berkemundang, mulakan tawaf dan rapatkan diri dengan Kaaba walaupun bersesak sesak. Apabila iqamat, terus cari tempat solat berdekatan dengan Kaaba. Selesai salam solat, terus serbu ketempat tempat itu. Kalau ada 'timing' dan rezki, insyallah boleh mencapai hasrat.
Allahualam

1 comment:

joe said...

Di dalam buku 'Haj' karangan Maulana Zakaria, beliau mencatitkan iaitu Nabi Khidir (The green one) akan melakukan solat sunat selepas fardhu asar di dalam kawasan hijir Ismail. Beliau akan tetap berada di situ sehingga solat maghrib hampir tiba. Dari situ beliau akan melakukan solat maghribnya di Bukit Sinai (kalau tak salah saya) di tempat mana Nabi Musa mendapat suhuf Taurat. Ada juga member2 yang cuba berjumpa dengan Nabi Hidir ini. Ada yang dapat berjumpa dan ada yang tidak. Beberapa tip yang diberikan oleh member2 yang telah berjaya: 1. Buat solat hajat dari rumah (bukan hanya untuk berjumpa dia sahaja malahan keseluruhan hajat2 kita. 2. Fahami tujuan dan semangat umrah dan haji itu. Yang ini member tu kata very important kerana ramai tak faham.

Kepada Zai, aku mengucapkan ribuan terima kasih kerana mendoakan untuk aku dan family ketika berada di Mekah. Amin