Thursday, May 20, 2010

Malam amal untuk dana pembesaran surau smsj

http://dermasurausmsj.blogspot.com/


Amalan Untuk Kebaikan Dunia dan Akhirat


Projek Pembesaran dan Pembaikan Surau Al-Ihsan


Surau Al-Ihsan di Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang (SMSJ) siap di bina pada tahun 1990. Setelah hampir 20 tahun, Surau Al-Ihsan perlu dibesarkan untuk menampung jumlah pelajar yang semakin bertambah. Ia juga memerlukan pembaikan infrastruktur dan peralatan.

Bersama Beramal Kebaikan Dunia Akhirat

Marilah kita bersama-sama membantu seperti berikut:
1. Bersedekah wang Ringgit

2. Menyumbang selain daripada kewangan

3. Menyampaikan rayuan Surau Al-Ihsan kepada keluarga, sahabat dan organisasi kita

4. Membuat link ke DermaSurauSMSJ.blogspot.com di laman web, blog, Facebook, MySpacedan sebagainya

Terimakasih didahulukan kerana menderma wang, masa dan sokongan untuk Projek Pembesaran dan Pembaikan Surau Al-Ihsan. Semoga ALLAH membalas dengan kebaikan yang berlipat-ganda dan pahala yang berterusan.
.

Akaun Bank dan Cara Mudah Menderma

.
(a) Akaun Bank Khas Derma Surau Al-Ihsan:

Bank ~ Bank Islam Malaysia Berhad

No. Akaun ~ 141 800 1000 7685

Nama Penuh Akaun ~ PERSATUAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH SAINS JOHOR, KLUANG, JOHOR (SAJOHA)


(b) Cara Mudah Untuk Mendeposit Derma:

1. Pemindahan wang melalui Online atau Internet Banking daripada mana-mana bank di Malaysia menggunakan khidmat IBG;

2. Deposit wang tunai melalui mesin Cash Desposit di cawangan Bank Islam;

3. Deposit cek melalui mesin Cheque Deposit di cawangan Bank Islam; atau

4. Hantar cek berpalang, postal order, money order atau bankers cheque menggunakan Nama Penuh Akaun Surau seperti di atas kepada mana-mana AJK SAJOHA atau pos kepada:
Haizad Ibrahim
No 9, Jalan 8/31B,
Seksyen 8, Bandar Baru Bangi,
43650 Selangor,
Malaysia

(tolong jangan hantar wang tunai melalui surat atau pos)
.

Pengeluaran Resit Derma

.
Semua derma yang tidak diketahui Pendermanya akan dinamakan derma dari Hamba Allah.

Untuk mendapatkan resit derma, tolong email maklumat berikut sekiranya derma telah dimasukkan ke dalam akaun Bank Islam secara terus atau hantar maklumat bersama cek yang dikirim kepada ahli jawatankuasa:
  • nama penuh untuk ditulis di atas resit (individu, syarikat atau penama)
  • alamat surat menyurat
  • jumlah sumbangan
  • tarikh deposit
  • waktu deposit
  • nombor rujukan
  • batch SMSJ (jika berkenaan)
Maklumat di atas boleh diemail kepada mana-mana ahli jawatankuasa di bawah:
i. Haizad Ibrahim; atau

ii. Noraini Mohd Yusof

Nota:
Pasukan Jawatankuasa sedang dalam proses memohon status pengecualian cukai derma Surau Al-Ihsan daripada LHDN.

Surau Al-Ihsan Masa Kini

.
Semua pelajar SMSJ menunaikan solat berjemaah lima waktu, solat terawih dan berbagai aktiviti agama Islam di Surau Al-Ihsan.

Ruang solat Surau Al-Ihsan perlu dibesarkan kerana jumlah pelajar SMSJ yang semakin bertambah, daripada 450 orang pada tahun 2009 ke 750 orang pada tahun 2011:






Tangki air dan pili air untuk mengambil wuduk perlu di tambah:



Lebih banyak gambar Surau Al-Ihsan semasa ini, Klik Sini.

No comments: