Monday, May 17, 2010

Malam Amal SMSJ pada 28 Mei 2010

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Y.Berhormat / Y.Bhg Dato’ / Datin / Dr. / Tuan /Puan,

PELAWAAN MENYERTAI MAJLIS MAKAN MALAM AMAL UNTUK DANA PENDIDIKAN DAN KEROHANIAN SEKOLAH MENENGAH SAINS JOHOR (SMSJ)

Sukacita dimaklumkan bahawa perkara di atas adalah dirujuk.

2. Buat pengetahuan pihak Y.Berhormat / Y.Bhg Dato’ / Datin / Dr. / Tuan / Puan, SAJOHA merupakan persatuan Alumni bekas penuntut Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang. Di atas saranan kerajaan agar persatuan-persatuan Alumni memikul tanggungjawab membantu kerajaan membangunkan sekolah samada dari sudut infrastruktur mahupun modal insan, pihak SAJOHA ingin bersama-sama memikul tanggungjawab ini.

3. Antara projek yang kami rancangkan ialah pembesaran dan pembaikan surau sekolah. Ia bertujuan agar dapat memberikan suasana yang kondusif bagi penjanaan pembentukan modal insan tersebut. Walaubagaimanapun, projek sedemikian memerlukan dana ratusan ribu ringgit. Justeru itu, kami ingin mempelawa pihak Y.Berhormat / Y.Bhg Dato’ / Datin / Dr. / Tuan / Puan, untuk menyertai projek amal ini.

4. Bagi merealisasikan cita-cita tersebut, salah satu program yang pihak SAJOHA rangkakan ialah Majlis Makan Malam Amal Dana Pendidikan dan Kerohanian SMSJ. Sehubungan dengan itu, dengan rasa berbesar hati kami ingin mempelawa pihak Y.Berhormat / Y.Bhg Dato’ / Datin / Dr. / Tuan / Puan, terlibat sama dengan usaha pengumpulan dana ini dan menjayakan Majlis Makan Malam Amal tersebut. Butiran majlis adalah seperti berikut:-

Tarikh : 28hb Mei 2010 (Jumaat)

Masa : 8:00 Malam

Tempat : Dewan Perdana Felda,

Jalan Maktab Off Jalan Semarak, Kuala Lumpur

Tetamu Khas : YAB Tan Sri Muhyiddin bin Md. Yassin,

Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Penaung Majlis : YB Datuk Ahmad bin Maslan (SAJOHA),

Timb. Menteri Jabatan Perdana Menteri

5. Bersama-sama ini dilampirkan borang jawapan untuk menyertai dan menyumbang untuk perhatian serta tindakan pihak Y.Berhormat / Y.Bhg Dato’ / Datin / Dr. / Tuan / Puan.

Segala sokongan dan sumbangan yang pihak Y.Berhormat / Y.Bhg Dato’ / Datin / Dr. / Tuan / Puan berikan, kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

MENYUMBANG SAMBIL BERAMAL.

Yang benar,

___________________________

(Dato’ Hj. Ahmad Ridza Bukhari)

Presiden SAJOHA.

Untuk peta ke Dewan Felda, klik sini
Untuk susun atur meja, klik sini
Untuk perkembangan terkini, klik sini

Mari kita sama sama menyumbang derma untuk pembinaan surau SMSJ.

No comments: