Mungkin ramai yang pernah bersolat jumaat di Masjidil Haram, tetapi pada bulan Ramadan kawasan sekeliling Masjid akan dibanjiri oleh kesemua penduduk tempatan Mekah dan para jemaah Umrah. Pada pukul 8 pagi, ribuan jemaah sudah membanjiri Masjid dan sejam sebelum masuk waktu zuhor, mereka yang datang lambat terpaksa bersolat di jalan raya.Dari gambar diatas, kelihatan Masjid lebih kurang 500 meter jauhnya, tetapi lambakkan jemaah dijalan raya adalah sepanjang 2 km. Saya jangkakan lebih 2 juta bersolat dimasjid dan 1 juta diluar.
Gambar diambil dibelakang Hotel Hilton. Jaringan keselamatan digantung kerana pembinaan hotel baru disebelah Hilton.Sukar dipercayai, tetapi Hotel Hilton dan Hotel Intercontinental akan dirobohkan didalam masa dua tahun ini untuk pembesaran dataran Masjid.
Pada masa sekarang Hilton adalah hotel yang terdekat dengan Masjidil Haram.Pada bulan Ramadan saya difahamkan, kos biliknya semalam ialah Rm6,000 tetapi pada hari biasa hanya Rm500 sahaja.Walaupun begitu, pakej Umrah Hilton yang bernilai RM60k untuk 10 hari laris dijual, dan ramai hartawan Malaysia tinggal disitu.
Walaupun cuaca panas terik sehingga mencapai kepada 50'C, jemaah tetap bersabar mendengar khutbah jumaat, walaupun bukan giliran Imam Abdul Rahman Sudais. Imam yang terkenal dengan suara lantang dan merdu ini kadangkala mengimamkan solat terawih dan tahajud. Pada malam 27 Ramadan, beliau membaca doa qunut hampir satu jam pada akhir solat witir pada jam 2.45am.
Kelihatan banyak tower crane disebelah safa-marwah kerana pembinaan untuk membesarkan tempat saei. Ramai yang tidak suka bersaei ditingkat atas, walaupun dibawah terlalu sesak. Mungkin mereka tidak dapat merasai jejakan kaki dibatu batu bukit Safa dan Marwah.
Kedai kedai disebelahan jalan akan diserbu oleh orang ramai setiap kali selesai solat sehinggakan pekedai tidak dapat melayan pelanggan dengan baik. Harga pun biasanya akan dinaikkan oleh pekedai kerana terlalu ramai pembeli.
Kaum wanita pun ramai bersolat dijalanan
Barangan berkualiti boleh didapati di supermarket Ben Dawood didalam Komplek Hilton. Barangan dikedai kedai tepi jalan, biasanya buatan China dan tidak ada kualiti.
Sesudah solat jumaat, para jemaah bersurai.
No comments:
Post a Comment