Friday, October 10, 2008

Amalan Iktikaf di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram


Iktikaf sunnat iaitu yang dilakukan secara sukarela semata-mata untuk bertaqorrub kepada Allah SWT seperti iktikaf 10 hari terakhir bulan Ramadan. Amalan ini dilaksanakan oleh Rasulullah diakhir 10 Ramadan. Dikedua kedua masjid ini, amalan iktikaf dilaksanakan oleh ramai jemaah, dan mereka membawa bantal dan selimut untuk tinggal selama 10 hari didalamnya.

Saya perhatikan ada beberapa orang melayu yang beriktikaf di Masjidil Haram. Oleh kerana ramainya orang beriktikaf, semua ruang ruang solat mesjid telah dipenuhi oleh mereka dan adalah menjadi kesulitan bagi jemaah lain yang ingin bersolat. Kita perlu hadir satu atau 2 jam sebelum solat fardhu ke masjid untuk mencari mana mana ruang 'sekangkang kera' yang ada atau meminta kebenaran jemaah yang beriktikaf untuk 'menyelit' diantara mereka. Kadang kala usaha mencari ruang solat banyak menyebabkan pentengkaran diantara jemaah yang merebutkan ruang ruang yang ada.

Apabila kita sudah mendapat ruang kecil untuk beribadat, ruang itu tidak akan dilepaskan sebegitu senang. Kadangkala apabila kita masuk ke Masjid pada jam 10 pagi, ramai yang akan keluar selepas solat Maghrib jam 7pm atau selepas solat Qiam (Tahajjud) pada jam 2.45am. Bermakna kita berada di Masjid lebih dari 10 jam. Jadi bersedialah untuk melawan perkara perkara yang membatalkan wudhu'.

Masa beriktikaf dipenuhi dengan membaca Al Quran (sebaiknya khatam Quran semasa 10 hari), bersolat sunat dan berzikir. Walaupun begitu, ramai juga yang asyik tidor, mungkin terlalu letih berpuasa.

Bagi mereka yang susah 'menyimpan' wudhu sebegitu lama, saya perhatikan ramai memperbaharui wudhu dengan menyapu air mineral yang disimpan dalam botol kecil secara sedikit keanggota wudhu sambil duduk. Itu satu skil untuk kita amalkan kalau perlu.

No comments: