Hidangan iftar yang biasa di Masjidil Haram
Tiba Ramadhan, ramai dermawan akan menyediakan makanan untuk iftar. Kadang kala mereka berebut rebut menarik jemaah untuk berbuka dengan mereka. Ada riwayat yang mengatakan bahawa orang yang memberi makanan untuk iftar akan mendapat pahala sebesar pahala orang yang berpuasa itu. Jemaah menpunyai pilihan untuk iftar mengikut selera mereka. Gambar kelihatan makanan yang telah disediakan sebaik saja solat asar.
Kebiasaan makanan iftar hanyalah roti arab, air mineral/zam zam, buah-buahan , tamar dan yogurt. Gambar menunjukkan makanan iftar yang agak lumayan, kerana kebiasaannya hanya tamar dan air zam-zam sahaja.
Para jemaah sedang menunggu azan untuk iftar. Saya selalunya akan beriftar didalam mesjid kerana agak panas diluar walaupun senja. Selepas solat maghrib, kami akan pulang ke hotel masing masing untuk menjamu selera makanan jawi masakan orang Indon. Sesiapa yang tiada selera akan membeli kebab atau nasi Arab 'mandi' tapau balik ke hotel. Selepas makan kami akan bergegas semula ke mesjid untuk solat isya'. Walau bagaimana pun untuk Ramadan, waktu antara maghrib dan isya' dipanjangkan selama 2 jam.
Para jemaah wanita dikhaskan tempat mereka tetapi kebanyakkan dari mereka akan menunggu dihadapan makanan selepas solat asar, agak lama iaitu lebih dari satu setengah jam sebelum berbuka. Agaknya untuk 'test' menahan nafsu dengan melihat makanan selama lebih satu jam!
Kebanyakan jemaah dari India dan Pakistan yang beriftar diluar Mesjid Nabawi. Orang Melayu dan Arab selalunya berbuka puasa didalam mesjid. Bersolat di mesjid Nabawi tidaklah bersesak sangat saperti di Masjidil Haram dan orang Madinah lebih bersopan santun dan beradab. Itu sebab Rasulullah berhijrah ke Madinah dan mendapat sambutan yang tersangat baik dari penduduk Madinah. Sehingga sekarang penduduk Madinah tersangat beradab dan lembut orang orangnya.
1 comment:
Apabila puak Muhajirin tiba ke Madinah, puak Ansar telah menyambut mereka dengan penuh kemeriahan. Amalan infak telah dilakukan secara sukarela. Ada yang infak duit...itu biasa (zaman sekarang dah liat sikit ), ada yang infak rumah...sikit luar biasa tapi ada (zaman sekarang orang kata kita bodoh) ada yang infak harta...luar biasa tapi masih ada (zaman sekarang orang kata kita kena pukau) infak isteri...amat2 luar biasa.(zaman sekarang orang kata kita gila)Kena ingat, orang Ansar bagi yang paling dihargai. Mengikut Tuan Guru Zulkifli Al Bakri sifat hati mulia itu terwaris ke hari ini tidak kira pada bulan puasa sahaja malahan setiap masa. Semoga Allah memberkati Rasul dan para2 sahabat. Amin.
Post a Comment