Thursday, May 27, 2010
Form sixers 1976
As you can see, the girls were studying hard, but the boys were fooling around!! Boys will be boys. Nora concentrating 110 percent.
Tuesday, May 25, 2010
Friday, May 21, 2010
Foto kelas 5M1 dan 5M2
Tetapi ramai lagi yang saya belum telefon dan saya rasa ada yang masih menyimpan nya dengan baik, dibaluti dengan kain kuning, malahan mungkin yang mengasapnya dengan kemenyan setiap jumaat!!
Kepada rakan rakan tersebut, terutamanya yang di 5M1 dan 5M2, kalau sudi tolong scan gambar tersebut dan email kepada saya (zack88885@yahoo.com). Saya akan muatkan didalam blog ini untuk tatapan dan peringatan kawan kawan semua.
Persatuan silat SMSJ 1975
Semua kelihatan segak macam panglima mastor bergambar dihadapan Dewan Besar SMSJ. Saya rasa ramai mat mat macho 5E1/E2/M1/M2 yang menyertai persatuan silat. Cikgu Aishah pun ada. Yang nampak paling garang ialah Arip Kasmo (belakang, 6 dari kiri). Semasa gambar diambil, kita diarah supaya jangan senyum dan nampak serius. Hehe those were the days.....
Thursday, May 20, 2010
Cikgu Jalil monkeying with 5th formers 1975
Left to right
Bakar,Saadon,Sim,Rosli,Teo,Yaakob,yusof hamid,maat,Cikgu Jalil,Hamzah,Kheriah,Yahya,Salleh,Favira,Razak,Rashid,xx
Cikgu Jalil is an interesting character, you either love him or loathe him. Students like him intensely or not at all, impressed by his self effacing charm, or put off by a brashness bordering on arrogance. Students will always look up to their master and in SMSJ, the teachers were our masters. Most teachers in SMSJ were single and fresh graduates from the University. As their work includes extracurricular activities, intermingling with fellow students were the norm.
Cikgu Jalil teaches Geography in a unique way. I'd be lying if i say i do not like his way of teaching. Who can forget when he ask us fifth formers to do a case study on the socio-economy of our kampong during our term break?. That was the last term break, a few months before the MCE 1975 exams. Me and Mat Ridza had to interview farmers, fishermen, and even policemen? We went to the Balai to get information on the number of death, detainees, reports and what not. We went to see the Penghulu and interviewed him. Finally we got the case study done, bind it and submit to him on time. Being barely 17, it was a proud moment when we completed the mini thesis. I think Dato' Mat ridza can testify to that.
Cikgu Jalil insisted we include the case study that we have done when answering the geography exam papers. I did that, and most probably the examiner who corrected my papers, either think I am bonkers or a genius!! Heck, i scored A1 in Geography!.
Being single and virile!! ( yes, studies have shown that bald men produce more testosterone hormones and so are more virile), he is not short of admirers. When we were all 17, you'll notice that the girls were more mature than the boys. You will notice that with your kids too. What I am trying to say, the girls were more mature in trying to find love while the boys were just kidding and playing around.
Some teacher treat certain girl with extra preferential treatment, and the girl cave-in due to her teenage vulnerabilities and emotional brittleness. I will not duel on this issue/incident, as it is a well kept 35 year open secret!. Let the story comes from the horses mouth. It has become a bone of contention for some friends!
Cikgu Jalil became a lecturer in UPSI since then and now he is retired. I met him once in Low Yat Plaza a few years back and he still recognised me after all this years.
ps
Cikgu Jalil if you read this, please drop a comment!
Malam amal untuk dana pembesaran surau smsj
Amalan Untuk Kebaikan Dunia dan Akhirat
Projek Pembesaran dan Pembaikan Surau Al-Ihsan
Surau Al-Ihsan di Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang (SMSJ) siap di bina pada tahun 1990. Setelah hampir 20 tahun, Surau Al-Ihsan perlu dibesarkan untuk menampung jumlah pelajar yang semakin bertambah. Ia juga memerlukan pembaikan infrastruktur dan peralatan.
Bersama Beramal Kebaikan Dunia Akhirat
Marilah kita bersama-sama membantu seperti berikut:
1. Bersedekah wang Ringgit
2. Menyumbang selain daripada kewangan
3. Menyampaikan rayuan Surau Al-Ihsan kepada keluarga, sahabat dan organisasi kita
4. Membuat link ke DermaSurauSMSJ.blogspot.com di laman web, blog, Facebook, MySpacedan sebagainya
Terimakasih didahulukan kerana menderma wang, masa dan sokongan untuk Projek Pembesaran dan Pembaikan Surau Al-Ihsan. Semoga ALLAH membalas dengan kebaikan yang berlipat-ganda dan pahala yang berterusan.
.
Akaun Bank dan Cara Mudah Menderma
(a) Akaun Bank Khas Derma Surau Al-Ihsan:
Bank ~ Bank Islam Malaysia Berhad
No. Akaun ~ 141 800 1000 7685
Nama Penuh Akaun ~ PERSATUAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH SAINS JOHOR, KLUANG, JOHOR (SAJOHA)
(b) Cara Mudah Untuk Mendeposit Derma:
1. Pemindahan wang melalui Online atau Internet Banking daripada mana-mana bank di Malaysia menggunakan khidmat IBG;
2. Deposit wang tunai melalui mesin Cash Desposit di cawangan Bank Islam;
3. Deposit cek melalui mesin Cheque Deposit di cawangan Bank Islam; atau
4. Hantar cek berpalang, postal order, money order atau bankers cheque menggunakan Nama Penuh Akaun Surau seperti di atas kepada mana-mana AJK SAJOHA atau pos kepada:
Haizad Ibrahim
No 9, Jalan 8/31B,
Seksyen 8, Bandar Baru Bangi,
43650 Selangor,
Malaysia
(tolong jangan hantar wang tunai melalui surat atau pos)
.
Pengeluaran Resit Derma
Semua derma yang tidak diketahui Pendermanya akan dinamakan derma dari Hamba Allah.
Untuk mendapatkan resit derma, tolong email maklumat berikut sekiranya derma telah dimasukkan ke dalam akaun Bank Islam secara terus atau hantar maklumat bersama cek yang dikirim kepada ahli jawatankuasa:
- nama penuh untuk ditulis di atas resit (individu, syarikat atau penama)
- alamat surat menyurat
- jumlah sumbangan
- tarikh deposit
- waktu deposit
- nombor rujukan
- batch SMSJ (jika berkenaan)
i. Haizad Ibrahim; atau
ii. Noraini Mohd Yusof
Nota: Pasukan Jawatankuasa sedang dalam proses memohon status pengecualian cukai derma Surau Al-Ihsan daripada LHDN.
Surau Al-Ihsan Masa Kini
Semua pelajar SMSJ menunaikan solat berjemaah lima waktu, solat terawih dan berbagai aktiviti agama Islam di Surau Al-Ihsan.
Ruang solat Surau Al-Ihsan perlu dibesarkan kerana jumlah pelajar SMSJ yang semakin bertambah, daripada 450 orang pada tahun 2009 ke 750 orang pada tahun 2011:
Tangki air dan pili air untuk mengambil wuduk perlu di tambah:
Lebih banyak gambar Surau Al-Ihsan semasa ini, Klik Sini.
Wednesday, May 19, 2010
4E2 1974
Back row left to right
Bakar, rashid, yusof Hamid, Ahmad Aban(Allahyarham), Norzaihan, Arip, Muhammad Bakar, Razak Kahar, yaakob Hitam, Saadon, Shamsuddin, Zakaria(Allahyarham)
Centre row left to right
Rosli Majid, Sim, Shamsinar, Fariza, Favira, Hasnah, Kheriah Aris, Halina khamsan, Maat Sadari(Allahyarham), Yazid Atan, Teo
Front row left to right
Rahim, Paridah, Hamzah, HM, Form teacher, Yahya, Rahmah, Aris
Hope i got the name and spelling right!
picture courtesy of Hamzah Harith
Tuesday, May 18, 2010
Down memory lane
In conjunction with the coming Malam Amal SMSJ 2010, I am posting again this group photos taken circa 1974. I hope those in the pictures can make it to this once in a life time gathering of all batches from 1974 to the present time. I am sure the youngest boy/gal in the picture is now about 45 years old and the oldest about 53 years young.! How fast time flies!
See you all there in Dewan Felda 28 Mei 2010 at 8pm.
Click image to see a bigger size image.
Monday, May 17, 2010
Malam Amal SMSJ pada 28 Mei 2010
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Y.Berhormat / Y.Bhg Dato’ / Datin / Dr. / Tuan /Puan,
PELAWAAN MENYERTAI MAJLIS MAKAN MALAM AMAL UNTUK DANA PENDIDIKAN DAN KEROHANIAN SEKOLAH MENENGAH SAINS JOHOR (SMSJ)
Sukacita dimaklumkan bahawa perkara di atas adalah dirujuk.
2. Buat pengetahuan pihak Y.Berhormat / Y.Bhg Dato’ / Datin / Dr. / Tuan / Puan, SAJOHA merupakan persatuan Alumni bekas penuntut Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang. Di atas saranan kerajaan agar persatuan-persatuan Alumni memikul tanggungjawab membantu kerajaan membangunkan sekolah samada dari sudut infrastruktur mahupun modal insan, pihak SAJOHA ingin bersama-sama memikul tanggungjawab ini.
3. Antara projek yang kami rancangkan ialah pembesaran dan pembaikan surau sekolah. Ia bertujuan agar dapat memberikan suasana yang kondusif bagi penjanaan pembentukan modal insan tersebut. Walaubagaimanapun, projek sedemikian memerlukan dana ratusan ribu ringgit. Justeru itu, kami ingin mempelawa pihak Y.Berhormat / Y.Bhg Dato’ / Datin / Dr. / Tuan / Puan, untuk menyertai projek amal ini.
4. Bagi merealisasikan cita-cita tersebut, salah satu program yang pihak SAJOHA rangkakan ialah Majlis Makan Malam Amal Dana Pendidikan dan Kerohanian SMSJ. Sehubungan dengan itu, dengan rasa berbesar hati kami ingin mempelawa pihak Y.Berhormat / Y.Bhg Dato’ / Datin / Dr. / Tuan / Puan, terlibat sama dengan usaha pengumpulan dana ini dan menjayakan Majlis Makan Malam Amal tersebut. Butiran majlis adalah seperti berikut:-
Tarikh : 28hb Mei 2010 (Jumaat)
Masa : 8:00 Malam
Tempat : Dewan Perdana Felda,
Jalan Maktab Off Jalan Semarak, Kuala Lumpur
Tetamu Khas : YAB Tan Sri Muhyiddin bin Md. Yassin,
Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Penaung Majlis : YB Datuk Ahmad bin Maslan (SAJOHA),
Timb. Menteri Jabatan Perdana Menteri
5. Bersama-sama ini dilampirkan borang jawapan untuk menyertai dan menyumbang untuk perhatian serta tindakan pihak Y.Berhormat / Y.Bhg Dato’ / Datin / Dr. / Tuan / Puan.
Segala sokongan dan sumbangan yang pihak Y.Berhormat / Y.Bhg Dato’ / Datin / Dr. / Tuan / Puan berikan, kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
MENYUMBANG SAMBIL BERAMAL.
Yang benar,
___________________________
(Dato’ Hj. Ahmad Ridza Bukhari)
Untuk peta ke Dewan Felda, klik sini
Untuk susun atur meja, klik sini
Untuk perkembangan terkini, klik sini
Mari kita sama sama menyumbang derma untuk pembinaan surau SMSJ.